SEPAK MANGGIS DI SOSIALISASIKAN

Apakah Kemudahan-kemudahan  Yang Telah Disediakan Untuk Sukan Ini?
          
Sukan Sepak Manggis tidak jauh bezanya dengan sukan-sukan rakyat yang lain. Ia lebih bersifat hiburan dan keseronokkan ditambah dengan habuan yang disediakan untuk dimenangi serta pengisian masa sementara menantikan majlis sebenar dimulakan. Sukan ini tidak memerlukan kos yang banyak untuk diaplikasikan. Ia bukan sukan yang memerlukan gelanggang khas atau kawasan tertutup seperti dewan. anak-anak muda memainkan Sepak Manggis hanya apabila ada majlis-majlis keramaian sahaja. 
         
Dewasa ini untuk menjayakan sukan Sepak Manggis,  tuan rumah atau pengurus yang memainkan peranan penting. Ini kerana nadi sebenar sukan Sepak Manggis  terletak pada hadiah misteri yang berada didalam bakul yang digantung tinggi. Tuan rumah atau pengurus inilah yang berperanan menyediakan habuan tersebut. Hanya beberapa klu diberikan kepada peserta bagi menaikkan semangat mereka merebut habuan tersebut.
          
Bagaimanapun, semangat gotong-royong tetap sebagai landasan utama dalam memyediakan sukan ini. Contohnya untuk membuat bakul yang dihiasi cantik serta mencari buluh dihutan. Kerja-kerja ini selalunya dilakukan oleh anak-anak muda atau rakan-rakan yang hadir dimajlis tersebut. Selalunya dikalangan kaum keluarga terdekat atau jiran tetangga. Jika majlis tersebut majlis rasmi maka Ahli Jawatankuasa khas dilantik oleh pengerusi untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan.
          
Melalui sumber yang diperolihi tiada gelanggang khas yang disediakan untuk sukan Sepak Manggis ini. Kalau adapun hanya penanda jarak diantara peserta yang membaling bola dengan peserta yang membuat sepakkan. Kawasan yang dipilih selalunya dikawasan lapang berhampiran lokasi program seperti halaman yang tidak bersimen atau padang. Ini bagi memudahkan kerja-kerja memacak buluh panjang yang menjadi penyokong kepada bakul berhias.
          
Lokasi permainan juga dipilih berhampiran dengan rumah penggantin atau tapak program bertujuan memudahkan tetamu yang hadir untuk sama-sama menyaksikan sukan ini dimainkan. Bagi masyarakat bajau sukan ini amat menyeronokkan dan menjadi hiburan kepada mereka melihat telatah peserta-peserta berusaha keras menendang bola raga ke bakul.


Bagiamana Sukan Sepak Manggis Ini di sosialisasikan?
Sukan Sepak Manggis ini boleh dilihat sebagai sukan budaya berikutan kaedah serta aplikasinya dalam masyarakat bajau sebagai aktiviti wajib khasnya apabila majlis perkahwinan  diadakan. Dalam kelompok masyarakat yang memegang teguh kepada adat dan budaya khasnya masyarakat bajau ini, sukan Sepak Mangis ini salah satu perkara yang  selalul utamakan.
Ada bebrapa tokoh masyarakat kampung mengatakan secara tidak formal bahawa sukan ini sebagai salah satu aktiviti yang mesti dilakukan terutamanya ketika majlis perkahwinan diadakan. Satu keganjilan pada satu-satu majlis dalam masyarakat ini jika sukan ini diketepikan. Ia bertujuan bagi membantu tuan rumah memenuhi setiap masa majlisnya disamping memeriahkan lagi majlis tersebut. Disamping itu sukan ini juga merupakan sebahagian daripada nadi kemeriahan majlis tersebut.
Dari segi penerimaan masyarakat terhadap sukan ini juga boleh diambil kira sebagai faktor mengapa sukan ini disosialisasikan. Hampir semua lapisan masyarakat dalam kaum ini dapat menerima sukan ini sebagai sebahagian dari budaya majlis mereka. Malahan yang melibatkan diri dalam sukan ini juga tidak terhad kepada golongan muda sahaja. Golongan tua dan kanak-kanak juga ramai yang melibatkan diri. 
Ada juga yang mengatakan bahawa sukan ini mempunyai semangatnya yang tersendiri. Dalam masyarakat kampung kepercayaan-kepercayaan supernatural seperti ini memang tidak bolah dinafikan. Kesahihannya memang sukar untuk dipastikan. Bagaimanapun ada yang berandaian bahawa majlis perkahwinan tersebut ‘panas’ jika membelakangkan sukan yang memeriahkan majlis ini. Malahan tidak mustahil ada yang sanggup memulau sesuatu majlis itu jika sukan sepak manggis ini ditiadakan.
Struktur atau tatacara permainan sukan Sepak Manggis ini disediakan dan dimainkan juga memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sosialisasi sukan ini didalam masyarakat kaum bajau. Bakul yang dihias cantik mamberi gambaran keindahan dan keceriaan majlis ini. Kandungan bahan-bahan yang dimuatkan didalam bakul juga mencerminkan kekuatan majlis tersebut. Jika majlis tersebut diadakan oleh golongan berada maka  bahan-bahan yang dimuatkan didalam bakul tersebut selalunya bahan-bahan yang agak mahal. Jika wang yang diletakkan, maka jumlahnya memang agak besar. Ada juga yang mengikat atau membalut bakul tersebut dengan selendang atau kain berwarna kuning menunjukkan majlis tersebut diadakan oleh golongan berketurunan bangsawan. Jika majlis tersebut diadakan oleh masyarakat dari kelas pertengahan, maka cukup sekadar kemampuan atau hanya memasukkan kuih-muih tredisional seperti kuih pinjaram atau kuih jala ke dalam bakul tersebut sebagai pra syarat sahaja agar sukan ini mesti diadakan.